Mai2 Masok Usha MAi OIh,

~CLICK TO GO HOME~

Tuesday, December 14, 2010

Ukhwah fillah

siries beb,
aku x sedar dh lani bulan 12,
lpas awal muharram bru ak sdar,
pnya nak habaq masa tu laju,
rasa mcam bru smalam smpai sini,
kali ni ak nak crita sket,
pasal apa dah jadi kat aku lani,

BUKAN UNTUK BACAAN UMUM KHALAYAK RAMAI,



Habaq dah ampa mesti nak baca punya,
amek berat la katakan,
terharu aku,


Apa tujuan aku mai sini?
konfem ah nak ngaji medik kan,
tapi di sebalik tu,
sini la jgak tmpat nak mentarbiyah diri,
nak buat perubahan dlam diri,
agar aku bleh jdi insan yg lebih baik,
mengamalkan dan menyebarkan syiar islamiah,
tapi,
sebagai nasihat untuk aku gak,
bukan cuma ada satu jalan ja,
banyak simpang dia,
cuma masih kabur dan samar,
tu smua terpulang kat aku gak,
nak mencari atau tak,
meskipun dah diberi peluang,
tapi atas beberapa dasar tertentu,
aku rasa tekad nak mencari gak,
so,
sorry ah entuu,
aku akan cuba jdi terbaik,
ikut jalan aku cari,
ukhwah fillah,

officially signed out,
12.12.2010,

p/s-post ni maksud mendalam,dan bukan untuk bacaan umum,
Tekan ja,toksah malu-malu,

Saturday, November 27, 2010

Ada bakat ber-poem bai,

As i look through my posts before,
I could see,
How times had changed us,
Including me,
All the acting of these past few years,
Sadness and Sorrow,
Happiness and Gay,
I really do wish,
that they will return,
someday somehow,

saat2 ku mengarang cetusan idea di cerebral hemisphere,




But,
The system had educated us,
THEY taught us,
how to live a normal life,
the route had been given,
we had been chosen,
to become THEIR slave,
while we are working hard enough,
THEY just wait,
and wait,
while planning their agenda,
for us,
to give fortune for them,
this is not the way it should be,
the path had been programmed well,
like a Natural killer,
of the large T-lymphocytes,
But Wait,
THEY are the 'natural killer',

This post is specially written,
for those who opposed,
or disagreed,
or even actually realize,
that we are,
Wasting our time,
doing such a wasteful chores,
such as reading this entry(haha),

Please,
just spend a minute of your life,
to think about what you had done,
either they are beneficial,
or NOT at all,
"al waktu kassaif",
time is like blade,
if you win,it loose,
but if you lost,it will cut you,
just be conscious and aware,
on every steps you will take,
in the future,
Manage them well,
and succeed on every matter of aspects,
a.k.a,
Spend you precious time wisely,
Begging the God,
will not give you,
the time you had lost,

As for my brothers,
and sisters,
please behave yourself,
ashamed on you,
for causing those troubles,
let us awake,
and help each other,

written by Hifzhan himself,

p/s-aku tulis ni,
bukan saja2 nak buang masa,
kalo ampa paham betoi2,
poet ni,
mmg banyak maksud tersirat dia,
ala2 macam william shakespeare ah,
aku harap,
depa dpat amek iktibar,








Tekan ja,toksah malu-malu,

Friday, November 19, 2010

Cerpen COPYpaste

Aku pelapah incik kambing dgn rakus,

Salam Eid Adha kat smua member2,


Lama x update blog ni,
dah berhabuk berkarat dah,
xpa2,
aku nk gilap dgn post terbaru ni,
konfem ampa nanges punya,
layan biaq penuh feeling,
aku cadang sambil baca pasang lagu 'surgamu' ungu,
pastu jgn baca saja ja,
amik serba sikit iktibar dan pengajaran,
pastu post dalam komen,
komen paling memberangsangkan,
dan tacing akan menang,
haha,





p/s-
1.crita ni bukan aku yg reka,aku paste sbb mmg tacing ja,
2.xdak kaitan ngn hidup mati dlm kehidupan aku,
3.sediakan sekotak tissue kt sebelah,
4.BUDAK BAWAH UMUR 16 TAHUN MINTAK KAT MAK PAK DULU KALO NAK BACA,
5.mulakan dgn lafaz bismillah,



Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.


Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.
Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.


Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.
Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.
Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.
“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.
Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.
Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.
“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.
Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.
Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.
Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.
Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.


Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’
Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:
Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim
Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.
Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”
Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.
Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.
Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.
Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.
Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”
“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.
“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.
Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal Ustaz balik.
“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.
Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.
Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.
Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.
“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.
“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.
Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.
Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.
Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.
“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.
“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.
Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.
Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.
Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.
Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.
Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.
Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.
Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa
Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.
Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.


Amacam bro?,
brapa gelen liter ayaq mata ampa dah meleleh kluaq,
semoga hati kita ditetapkan ke jalan agama yg lurus,



Tekan ja,toksah malu-malu,

Monday, October 18, 2010

Genap Sebulan

Assalamualaikum,
Sedar x sedar,
sudah hampir sebelum aku menuntut ilmu di ardu kinanah ini,
sampai 18.9.2010-18.10.2010
pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru dpat ku timba,
toksah kata la,
pagi petang siang malam penuh dgn cabaran dan dugaan,
Entry ni aku nak crita pasal Universiti aku,
iaitu Cairo University,





Tepat pukul 4.30 pagi(awal tu),
aku dan ahli-bait dah bgun dari tdow untuk menunaikan solat subuh,
bayangkan la perbezaan masa yg ketara kat sini,
subuh 4.30,syuruk pukul 6,
kalau kat malaysia dulu mau pukul 7 baru bgun,
tu pon dok baloq liat lagi,

PERGH,mmg x tahan daulat beb,ikot hati nak tdoq ja time ni,TAPI ikut IMAN,beribadah adalah lebih baik dari tidur,

Selesai segalanya di rumah,
aku pon meneruskan perjuangan ke uni,
Bermula dgn menahan eltramco(lebey kurang van,0.50L.E) untuk ke malek-el saleh,
kemudian menaiki metro(mcam KTM malaysia,1.00L.E) ke sayeda zeinab,
dan diteruskan dgn perjalan kaki yg mngmbil masa hampir 15 minit,
jauh perjalan luas pengalaman,
OTW tu,
singgah la kedai asir(jus) atau pekena breakfast roti ka,

Ni tanda stesen Metro,


Ni la dia metro tiap2 hari naik,Kelebihan dy berbanding KTM?xpayah tggu lama,3minit ja smpai dah metro,superb tak?


Ni plak buntut eltramco,mmg antara yg feymes kat sini,baguih!!cni buat car-pooling nak elak pencemaran udara,



Uni kami dpanggil kasr el-ainy,
kuliyah tibb basyari,
kalo nak nek teksi dari rumah mau kena 8-10L.E,

Sebagai pelajar first year ni,
kena amek beberapa subjek,
Histology,Physiology,Biochemistry,Anatomy dan practicals,
Mmg byak ilmu baru yg dpat kat sini,
Betapa Hebatnya ciptaan Allah,
Menjadikan 'kita' manusia,
hambanya,
Bersyukurlah kepadaNYA,
kerana segala yg telah diberikan kpada kita adalah 'sempurna',
ITUpun,
jika kita menghargai dan menjaga tubuh badan dgn baik,
InsyaAllah,
Mendalami ilmu perubatan membuat diri kita taksub dan teruja,
dgan keagungan Allah,
Tambahan kebanyakkan lecturer kat sini semuanya Islam,
Alhamdulillah,
setiap kali bersyarah mereka akan mengingatkan keagungan Allah,

Takat ni,
Aku dah hilang Jam B.U.M equipment ngn botol air mineral,
Pengalaman merupakan guru terbaik,

Hidup di sini memerlukan pemerhatian dan kepekaan terhadap diri dan keadaan sekeliling,
sentiasa berjaga-jaga dalam setiap langkah dan perbuatan,
InsyaAllah Allah maha penyayang,
Berdoalah agar dielakkan dari ditimpa musibah,
Wallahualam,

Tu jala kot aku nak habaq,
Sebulan pertama yg cukup bermakna bagi aku,
InsyaAllah akan ku tempuhi hari-hari akan datang sebagai seorang pelajar mukmin yg beriman dan bertakwa,



Tekan ja,toksah malu-malu,

Monday, October 4, 2010

Apa khabar Mesir?

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan2 taulan,
Kat sini bru pukul 7 pagi,
Kalo Malaysia skrg dah pukul 1 petang dah,
Haha,
Aku boleh menggeliat tdoq lagi,
Ampa dah kena pi surau solat zohor dah,
Sapa untung??



Dah hampir 2 minggu aku dok sini,
DI bumi bernama Mesir a.k.a bumi anbiyaa, a.ka ardu kinanah,
berbagai persepsi dan perasaan timbul sebaik saja aku melangkah kaki memijak tanah mesir,
Perghh,
Memang terkelu dan tidak terkata,
Perbezaan yang amat ketara berbanding Malaysia,
terlintas dalam hatiku ketika itu,

Mak!!Nak balik rumah!!!

Namun,
Aku menguatkan hati dan pedomanku,
Memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah,
Agar dipermudahkan segala urusanku di sini,
Supaya dapat menuntut ilmu dan memenuhi keimanan di dada,

Mula2 skali,
Aku nak habaq kat ampa semua,
Yang aku sihat2 ok2 ja kat sini,
Salam Perantauan semua,
Hehe,

Nampak tak piramid belakang tu?style ohh,

Setakat ni aku x power lagi nak sembang kemaih ngn pak arab,
Boleh la kalo takat nak tanya sikit2,
Tapi sekali kalo depa speaking macam 'bullet train jepun',
Memang nganga la ampa,
Tapi xpa,
Pak arab meisr semua baik2,
Depa ni hati lembut,
Ampa puji sket troih kembang idong layu macam bunga witter,

Pastu satu lagi ni,
Traffic kat sini mmg terbaik dari padang pasir,
Lampu isyarat ada pon wat hiasan ja,
Mmg tiap2 hari kena besakan dgn 'jam'(hazmah),
Sakit hati gak oh,
Lagi2 time bila nak lintas jalan,
Memang kereta2 x beri peluang lgsung nak lintas,
Hon!!Toksah kata la,
24 jam bunyi hon ja kat kepala,
Pak Arab kalo modified kreta depa hala tang hon dulu,
Macam2 bunyi ada,

ni hah,gambaq aku lintas jalan,sampai lagu tu jadi,

Tapi,
Pengajaran dia kat sini,
Benda2 macam ni la yg mengajar aku berani,sabar dan tabah,
Mengajar aku erti hidup dlam kesusahan,
Mengajar aku menjadi Muslim sejati,
Mengajar aku menjadi seorang lelaki dewasa,
Mengajar aku bahasa arab dan ilmu physiology,
Mengajar aku kepentingan menuntut ilmu,

Wallahualam,
Sebenarnya banyak lagi nak dicoret tarok dlam ni,
Tapi apakan daya,
Masa mencemburui kita,
InsyaAllah,
Ada masa dan panjang Umur,
Aku akan update lagi pasai mesir ni,
Liku2 kehidupan seorang penuntut ilmu di Mesir,
amin,,





Tekan ja,toksah malu-malu,

Friday, September 3, 2010

Sekolah Rendah

tengah elok aku layan lagu "exist jesnita" sambil usha langit yg membiru,
teringat aku masa zaman skolah rendah dulu,
pelbagai kenangan tertusuk di kalbu,
membuatku bertambah rindu,
(jadi pantun plak)

alkisah bermulalah memori indah masa sekolah rendah dulu,




dulu,
aku sekolah kat sekolah padang tembak,
start darjah 1 smpai darjah 6,
ataupun nama feymes dia skpt,
kalau nak taw skolah ni dekat dengan kuboq cina,
pehtu dulu depa bgtaw skolah ni tapak kuboq jepun,
kalau hampa pi tandas malam2 nnti jmpa hantu jepun sikat rambut kt cermin,
apa punya jahil daa..
selalu dengaq hantu jepun kawad ja,
ataupon nek besikal roda dua,
tapi nak wat mcm mana,
inilah legenda,
TAPI,
kalo hantu jepun yg mai sikat rambut tu mcm ni xpa gak,
aku pon xkenai sapa ni,tibai kat internet,

usah kata,
tiap ari aku sggup pi skolah malam2 teman dia,
tapi yg depa habaq semua stok pak cik tua,
tu yang aku takut nuh,
tak chomei,
mintak maap pak cik,ang bukan hantu jepon,aku pinjam ja,

nak dipendekkan crita,
aku cuma nak habaq memori manih ja,
bkan salasilah skolah tu,
kalau nak taw,
waktu zaman sekolah rendah dulu mmg gila,
pi skolah niat kerana nak MAIN SAJA,
start masuk kelaih smpai balik rumah mmg main ja keja,
smpai UPSR pon ak x taw apa menatang tu time dulu,
tapi Alhamdulillah,
dpt gak la result elok,
seb bek x smbung skolah menengah kt henry gurney,

dulu,
aku nih sorang pengawas yg SANGAT berTAULIAH,
ingat lagi stiap sorang kena ada satu buku 555 ngn pen simpan kat kocek baju,
nak buat apa?
kami ni macam polis,
ada org wat salah kena amek nama,
tapi selama 3 tahun aku jadik pengawas,
satu nama ja aku tarok tulih,

NAMA: lupa nama mamat ni,
KESALAHAN: tangkap belalang simpan dalam bekas,
ALASAN: menyeksa belalang sebab x bagi 'enough' oksigen 'for respiration'



dulu,
pantang time rehat,
mesti aku ngn geng aku lari pi makan cepat2,
pehtu semua 'assemble' kat 'port' lepak,
kira2 org,
pehtu dah cukup,
bertempiaran lah masing2 larikan diri,
time tu kami men 'police entry',
ampa mesti taw kan game ni?
feymes dulu time kecik2 nuh,
lagu dia pon aku engat lagi,
"police entry one two jaga,polis mati pencuri jaga"
fungsi lagu ni ntuk pilih sapa jadik polis sapa jadik pencuri,
pehtu yg geng2 pencuri ni pon lari ah,
yg polis ni plak kena pi tgkap depa,
tarok buh dalam penjara polis,
kalo pencuri yg kna tangkap nak bebas,
geng pencuri dia kena mai situ sep membe dia,

tu AKU,dok tgh jaga member aku yg jadik pencuri,


tu aktiviti time rehat,
kalau dlam kelas xkan nak men 'police entry' gak kot,
mau kena sedas penyepak sensei,
dulu,
time dalam kelas selalu men game F1,hoki,bola,gasing 'rubber',dsb.
mmg setiap hari pi skolah terukir lembaran senyuman manis lah,
kalo xtaw pasai game2 nih bole pi tanya mak pak ampa,
depa pon sezaman gak ngn aku,

dulu,
bila dah habih sekolah,
pantang dengaq bunyi loceng mesti ak ngn membe aku lari pi kedai auntie kat belakang,
time tu semua dok kemaruk kumpul sticker pokemon,
bohong la kalau ampa x main dulu,
menatang dia senang ja,
beli buku sticker kosong dia harga rm1.20,
pastu beli sampul yang ada 3 sticker pokemon kat dalam harga ser rm0.30,
bila dah kumpul tempek habih sticker nnt dpat la hadiah,
GAMEBOY!!SCOOTER!!PLAYSTATION 1!!PERCUTIAN KE BALI!!dsb,
tapi apakan daya,
dulu derek balik rumah mesti kena marah ngn pak aku,
"ang nak wat apa ngn stiker pokemon tuh,nnti aku rendam rebuih ayaq panas bagi ang minum baru taw"
jadi aku pon xjadi kumpul pokemon,
pehtu smbung la plak ngn digimon,
haha,

TAPI,
oleh sebab aku dok penang kawasan bandar maju jaya,
tak dan la nak rasa men ting2,kunda-kundi,wau,dsb,
cuma merasa men galah panjang ngn tuju slipar ja,
tula sedikit sebanyak kenangan dulu,
kalo dikenang memang smpai habih drama bersiri korea pon x habih kenang,

biaq ayaq mata meleleh,masa dulu tetap x boleh pi balek,apa ampa boleh buat cuma simpan dan engat kat kalbu nuh,
-hifzhan arimi-



Tekan ja,toksah malu-malu,

Wednesday, August 25, 2010

25.8.2010

ada apa plak dah ngn tarikh neyh??

"MERDEKA!!"

pala otak ang,medeka next week incoming,sapa taw habaq mai lekaih,

"GRADUATE!!"

betoi!saat yg dinantikan setelah agak skian lama jugak,



tepat jam koi 2.30 tadi,ak dh pi intec,
bkn nk pinjam buku library dah,
bkn nk pi blajaq kat kelaih dah,
bkn nk makan kt kafe blok U dah,
tapi nk pi amek exam physio,
pejam celek dlm 4 bulan dh habih dh idop kt INtec,
mmg rasa macam bru mggu lepaih ja mak aku antaq masok cni,
tgok2,dh habih nk blek rmah dah,
sedeh nya hati mmg x terkata,
tapi seb bek soklan physio senang tadi,
ni hasil bakaq minyak tgah malam,
tungkuih lumuih stadi physio,
apa yg dh lepaih kita lupakan,

mmg bnyak hare kenangan manih kat cni,
nak tulis mmg x cukop dakwat bak kata member aku,
jadi biaqla semua zikrayah helwi fii albii,
mksod mlayu dy biaqla semua kngan manih dlm hati aku,
esok da blek,pehtu troih pi kg kt pahang,
smpat gak bkak posa ngn nek ngn aki aku,
nnt raya mana dan,suma nk cbok pi bli pelita ngn minyak tanah,

jadi kat cni ak nk amek kesempatan,
bak kata org tua2 alang2 cucuk pekasam,biaq smpai rebong,
mekaseh kat semua member2 kelaih meg01,
ampa byak tolong ak dlm mengharungi liku2 idop kt intec,
tanpa ampa mmg ak x idop la jdik org hulu,
nk blajaq pasang lcd pon xreti lani dh pro sket,
dulu penyegan pemalu haram,
lani dah berani sket,
dulu xdak tikuih ngn gajah,
lani penoh satu badan,
dulu xpnah ad org pggil pijan,
lani ampa pi pggil lagu nu,
papon mekaseh,jasa ampa dikenang smpai aku lupa,

p/s-ak taw mesti ampa x baca pnya,tapi xpa,biaq la dy berhabok smpai kita tua cucu cicit,pehtu baru tacing2 ampa baca nnti egt kat aku,

Tekan ja,toksah malu-malu,

Friday, August 20, 2010

Ramadhan

Alah,lmbat dh kot,papon slmt posa kat smua member di sana,walapon dh kat 9 hari kita posa(x termasok time tulih ni),jgn ponteng posa,walapon mak ampa xtaw,Allah tahu............



Nak habaq mai pasai posa kat Intec lagu mana..
Sebenarnya besa ja..
Yang best ada bazar kat jalan depan kluaq kolej neyh..
Pastu ada nasi goreng student baek punya..
HArga rm3.00 tarok lauk daging ngn teloq sbijik..kenyang punya..
nak spesel ada la juai roti john,ayam kepak..dll..
cuma kat sini x banyak juai kueh mueh,xmcm kt penang..
habih makan pi semayang maghrib jap kat suro..
lpas tu lepak la kt bilik kasi perot sejuk..
dgaq azan isyak bergegas la pi mesjid unta atau hidayah..
wat la terawih smpi 8 rakaat habih kuat..
pehtu balik bilik stadi nk final exam..
agak maleh dah tdoq la dgn nyenyak..
tgah syok layan mimpi loceng plak wat hal..
bukan apa,suroh bagun pi sahuk ja..
dgn bingkas bgun tdoq pi la kafe cemara pekena nasi..
tu la norma kehidupan tiap hari aku kat sini time posa ni..
nak habaq best tak jugak,nak habaq x best pon x la sangat gak..okeyh ah...


Tekan ja,toksah malu-malu,

Sunday, August 1, 2010

Inpro

Akhirnya,tamatlah sudah acara inpro semalam,fyi,INPRO ni adalah,INPRO!!



Semalam,31.8.2010,merupakan hari kemuncak atau penutup inpro ni,tahniah kpd smua student MEP kerana menghavockan malam semalam,wlupun kita bukan juara,tapi ukhwah MEPiah ttp terbilang,habis pukul 12.00a.m tros g makan kat restoran,lapar hare,





Tekan ja,toksah malu-malu,

Sunday, July 11, 2010

Bloody Historical

Hari ini bersamaan 11.07.2010(Ahad),aku dan rakanku pergi ke sunway piramid kat subang jaya kat selangor,pelbagai aktiviti menarik telah kami adakan..



Antara aktiviti2 tersebut adalah 'ice skating'(RM18),memang seronok tapi asyik jatuh sebab first time main,pastu tengok wayang citer despicable me(x rugi tengok mmg best siot) in 3D(RM18),lastly try memanah(RM12),semuanya seronok kecuali...


jeng..jeng..jeng....





























Kisah BEGINI.Ketika aku tengah berSKI,tiba2 dirempuh manusia dari belakang dgn kadar momentum yg cukup hebat hingga aku jatuh tersembam mencium lantai ais sejuk secara tidak bersedia..,lalu wujudlah luka di atas yang superficial bak kata doktor nor haajah dan tidak deep,hingga kena jahit 3 jarum..alhamdulillah,syukur kerana masih dapat menghidu 02 yang dikurniakan Allah,sesungguhnya aku redha dgn kejadian/musibah dan ujian yang diberikanNYA,doakan aku cempat sembuh kalian....








Tekan ja,toksah malu-malu,

Saturday, June 12, 2010

a glimpse of INTEC

lame gila x update dan bca blog ni,dah berhabuk berkarat dah menatang ni,kesian betoi..nasib la badan eh mr.blogger,dah hampir 2 bulan aku menuntut ilmu kat sini dan macam2 pengalaman dpt,sumpah BEST da.....



Sejak masuk cni ak dpt laptop bru oh,mmg tarak egt bez gila la yg ni,model Acer aspire 4741g,xkesah ah specifications ni asal bley on9 suda....,sebut tntg on9 kalau nak on9 kt kolej kna bayar rm30 sebulan untuk perkhidmatan wifi(charge rm50=1st time) boley tahan la speed dy tpi bila waktu kemuncak!!!konfem slow lagi dri siput babi...

Subjek aku amek mmg merunsingkan gak la,antaranya:
Bahasa Arab Ammi Mesir
Anatomy and Histology
Physiology
Bio-chemistry
Civilization in Medicine
Introduction to Medicine in Islam
English

Kemudahan2 kat sini,antaranya:
Mydin
Dobi(ada student price~)
Restoran
etc2....(byak sgt kot)
sebut je apa nak,mmg cukup la kt sini..,mmg xkan mati(mati dari segi hiburan) la dok sini,


tu je la kot,aku pon xda idea nak coret ape dlm ni,
p/s-mggu dpan BTN da,kat perak plak tu,tmpt sma pi BTN last year...

OH YEAh,demam world cup da mula..=)


Tekan ja,toksah malu-malu,

Saturday, May 1, 2010

Conflict crisis..

USAH kata cuak,berpeluh risau,berderau darah semua semalam 30 April 2010 especially lepasan SPM 2009..kenapa??tawaran UPU kuar dah bai..,memang cuak nak cek menatang nih,aku pon dgn pantasnya online pastu terus masuk site ni nak check result and then................!!!!!argh!!!!!!!!!and then??READ AT YOUR OWN RISK!!



Masuk2 page tu,dengan perlahan dan hati2 isi no.kad pengenalan...,pastu baca lafaz bismillah pastu klik masuk pastu??pastu?PASTU????!!!(pastu three ah bro,basic~!!??)

Kluar la menatang nih:satu-satu aku baca...
No Kad Pengenalan / My Kad : ABC,123,hepi3..~hurm,btoi2..,ni ic aku...

Nama : MOHAMAD HIFZHAN ARIMI~hah!!sah ni nama aku,bgus3x..

TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:~woo!!!!



KOD : J2441~bende nih??xpa2,ignore je menatang ni...

NAMA PROGRAM PENGAJIAN : DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA (LOGI PROSES)~WAH!!

IPTA : UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)~bapak!!!mana plak ni???mcm hulu je!!!!!

SURAT TAWARAN : http://www.ump.edu.my/tawaran

ID PTPTN :

wtf?!dapat chemical engineering??oh tidak...,muncul perasaan kecewa+gembira..,Gembira sebab memang course ni antara pilihan aku yang nak sangat!!kecewa sebab xtaw la plak nak pilih medic atau cehm.engineering ni..haiyo..,kalo upu dpt medic xpe gak bley amik JPA..,sekarang ni kena pilih la plak mana satu nak..,nak dua2 bai...hehe..,ape pon memang syukur alhamdulillah kerana ditawarkan dengan course ni,
"over the moon" tros..ada kan ayat ni??
Sekarang,mana satu pilihan ana?Esok dah kena balik intec dah,kelas nak mula dah,UPU ni kena reply feedback sebelum 10 Mei,hurm,lets see...............................,solat istikharah dulu,=)

p/s-sesiapa yang serba sedikit taw sal UMP ni,gtaw aku weh...,tah mana cerok hala xpernah dgr pon uni ni...

Tekan ja,toksah malu-malu,

Tuesday, April 27, 2010

SeX?!DO we NEED it??

Gambar contoh je,tengah belajar PHYSICS tu.

Pergh,nmpak style la plak tajuk tu,huhu..,sebenarnya nak gtaw sal cadangan Kementerian Belia dan Sukan(KBS) untuk mewujudkan pendidikan seks di peringkat sekolah rendah?WAJARkah?READ AT YOUR OWN RISK!



Secara dasarnya,saya sangat TIDAK bersetuju.adoih.PERLU ke nk gtaw budak2 setahun jagung tu?Perkara ini lambat laun memang akan diketahui juga,dah la budak sekolah rendah,ape la diorang taw sgt...Sebenarnya Islam dah dari awal mengajar pendidikan ni,secara berperingkat2 la..,contohnye,Islam x membenarkan laki dan perempuan bukan muhrim berduaan atau bersentuhan tangan.Kalau betul kita ikut dari kecil benda ni,insyaAllah besar2 nnti xdela nak wat bnda2 keji tu,bukaknkah tu pun dikira pengajaran gak secara tidak langsung?Kenapa mesti buat gak pendidikan seks?Nak taw gak syllabus dy cmne~hu2.NNti,mesti la lagi banyak berlaku gejala zina/rogol dah kecik2 taw bnda tu,haish..nafsu,sapa bley kawal?cikgu??buku pendidikan seks???mak bapak?kawan??!!PUASA jela.Baru tengok MHI,Pendidikan seks bukannya nak mengajar budak2 CARA nak wat(lol),tapi memberitahu/mengajar pelajar tentang pengetahuannya,kesan buruknya..,bila waktu sesuai nak wat(LOL)....xke segan nnti bila budak kecil baru darjah 2 tanya soalan pelik2,contohnya.
MAMA2,TOLONG AJAR SAT CAMNA NAK WAT 'tutt'?
PAPA2,KENAPA 'tutt' jadi 'tutt' bila 'tutt'?
KENAPA MESTI 'tutt'???jwb mak,ayat 18sx nak oi,kena censored~

paham2 la.Dulu,tengok perempuan sexy sikit pon dah kena suruh tutup mata,ni kalo dah belajar kecik2 lagi..,xtutup apa dah..

1.Kalau ye ada pelajaran ni ada?perlu ke asingkan pelajar laki dan perempuan?
2.Mampukah pendidikan seks ni mencegah gejala zina/rogol yg semakin berleluasa ni?
3.Kenapa xdiajar untuk sekolah menengah je?
4.Adakah ini satu propaganda mind-control??
5.Tidakkah,budak2 nnti nak try seks bila dah taw nnti?biasa la kan,budak skrg..smua nak try..
6.Kenapa tidak tekankan pendekatan ISLAM je kat pelajar dri ajar pendidikan seks ni?
7.Kenapa dulu2 xda sangat kes ni dlm kalangan pelajar pon?
8.Kalau budak tu google cari benda2 ni kat internet xke susah?
Photobucket


Tekan ja,toksah malu-malu,

I need REASON.can you tell me WHY?

The organisation of NWO

Artikel ni ade kaitan dengan Freemasonry,untuk pengetahuan yg lajut bleh la google it or tengok THE ARRIVALS.READ AT YOUR OWN RISK!!







Islam and Freemasonry
Many Islamic anti-Masonic arguments are closely tied to both Anti-Semitism and Anti-Zionism, though other criticisms are made such as linking Freemasonry to Dajjal.Some Muslim anti-Masons argue that Freemasonry promotes the interests of the Jews around the world and that one of its aims is to rebuild the Temple of Solomon in Jerusalem after destroying the Al-Aqsa Mosque.In article 28 of its Covenant, Hamas states that Freemasonry, Rotary, and other similar groups "work in the interest of Zionism and according to its instructions ..."Many countries with a significant Muslim population do not allow Masonic establishments within their jurisdictions. However, countries such as Turkey and Morocco have established Grand Lodges,while in countries such as Malaysia and Lebanon there are District Grand Lodges operating under a warrant from an established Grand Lodge.
Masonic lodges existed in Iraq as early as 1919, when the first lodge under the UGLE was opened in Basra,[citation needed] and later on when the country was under British Mandate just after the First World War. However the position changed in July 1958 following the Revolution, with the abolition of the Monarchy and Iraq being declared a republic, under General Qasim. The licences permitting lodges to meet were rescinded and later laws were introduced banning any further meetings. This position was later reinforced under Saddam Hussein, the death penalty was "prescribed" for those who "promote or acclaim Zionist principles, including freemasonry, or who associate [themselves] with Zionist organisations."[81] With the fall of the Hussein government in 2003, a number of Lodges have begun to meet on military bases within Iraq. These lodges primarily cater to British and American military units, but a few have initiated Iraqis. Several Grand Lodges have expressed a desire to charter Lodges with completely Iraqi membership in the near future.

Article from wikipedia.

Kenapa Malaysia membenarkan kemasukan lodge freemason?
-mesti la,sejak dari penjajahan British dulu dah mula kemasukan lodge freemason ni..,x hairan lah kalo dah berlonggok freemasons kat sini.

Apa kaitannya NWO principle ONE-world government dgn ONE-Malaysia?
-Ntah la,msih menjadi tanda tanya gak,tapi adakah pertemuan PM malaysia dgn President US baru2 ini ada kaitannya?perhubungan dua-hala secara TIDAK LANGSUNG?

Adakah sejarah yang kita pelajari di sekolah selama ni BETUL belaka?(x semua la).

Siapa yg mencetuskan WW1 dan WW2?
Pendapat pertama.
FYI,the 'freemason' yang mencetuskan peperangan dunia tu..asal?
Ahli tertinggi freemason adalah ROTSCHILD,dia kontrol bank dunia ketika itu..,tatkala negara berperang,konfem ah banyak hutang nak dibayar kan?(bace sejarah form5 bab2 perang dunia),jadi mereka akan mengenakan hutang dengan bunga yang tinggi,bila negara2 tu xbley bayar??mereka akan 'kawal' la negara tu..,contohnya adolf hitler di german yg membunuh org yahudi(HOLOCAUST),camne german bley jadi hebat dari segi weaponary dan military??mne dtgnya duit2 tu?semestinya financial dari bank dunia..,Oleh sebab jerman berhutang dgn bank dunia jadi mereka kna jalankan holocaust tu atas arahan rotschild(atau sekutunya) supaya menghapuskan etnik yahudi..,semua ni atas dasar mencapai matlamat New World Order(NWO),ape tujuan utama holocaust tu??

Pendapat Kedua.
WW2 berlaku bila jerman xpuas hati kalah dalam WW1,dan dikenakan sekatan ketenteraan dan rampasan tanah jajahan..,ini menyebabkan negara jerman kehilangan banyak sumber pendapatan,jadi hitler pon melanggar perjanjian versailles dgn membina angkatan tentera besar(lebih khususnya,dia bina dua kapal perang melebihi had yg ditetapkan),jadi nilah punca berlaku plak WW2 ni,dan ketika tu jerman dikuasai yahudi dari segi politik,ekonomi dan sosial..,sebab tu dia nak hapuskan kaum yahudi ni...

Mana satu yg betol ni??hu3.
Pasal kenapa dia benci Yahudi .. dia memang tak puashati dengan Yahudi sebab sikap dan dominasi kaum Yahudi terhadap ekonomi dan lain2 di germany dan juga Eropah. Bagi Hitler .. a good Jews is a DEAD Jews ..




Jadi,adakah Hitler ni BAIK orangnya?
Ye kot-sebab dia ada semangat cinta bangsa dan negara,dia xnak bangsa lain yg menguasai jerman..,jadi dia ni seorang yg nationalist!!xbagus ke 2?tanah melayu dulu pon ramai pahlawan2 yg menentang British demi bangsa dan tanah air..

Tak la-sebab bagus ke tindakan dia suka hati pi bunuh orang macam tu je?TAPI,israel SEKARANG pon buat benda yg sama kat palestine,pembunuhan orang Islam di sana,kenapa x disimpati US poN?Oleh sebab US pegang dunia ketika tu dan sekarang,jadi Hitler merupakan seorang yg sadist dan criminal di mata dunia,kan?Kenapa bila Israel pergi bom/bunuh orang Islam xdikira Criminal?sebaliknya tragedi pengeboman WTC pada 9.11 yg membuka mata dunia untuk melihat orang ISLAM sebagai TERRORIST..

Photobucket
Tekan ja,toksah malu-malu,

Sunday, April 25, 2010

Things called as 'MEMORIES'

duduk2,teringat plak kenangan nostalgia dulu2 masa muda-muda,(padahal bru stahun dua je),jadi saje la nak post kat sini,supaya xlupa,nnti besar bley crite kat cucu2 cicit2 pengalaman atok masa skolah,hurm?READ AT YOUR OWN RISK!



Apa yg msih tersemat?(sja la poyo2 sket,nama xsebut)

1.Ada satu malam waktu prep tah bile tah...,tyme 2 sumer budak laki kne balik asrama sbab ada spotcheck kebersihan,tyme 2 aku dgn PANGLIMA A x blik asrama sebab igt spotcheck bnda trlarang..,kmi takut kntoi nset kmi...,jadi nyorok dlm tandas satu floor ngn kelas...bpew lma tah nyorok dlm 2(hampir 30 minit)..,tyme 2 satu bgunan skolah 2 sumernyew pompuan..,x nmpak sorg laki pown..,bising abih..,aku ngan PANGLIMA A pun wat decission balik kelas nyorok nset dalam beg.Sumer pompuan trkjut bla kmi kluar dri tndas 2 msok klas nyorok nset...then tros blik asrama...smpi sna bru thu rpanya spotcheck kbrsihan jew..,so blik lar dorm msing2 kmas katil ngn dorm...!!dlam tndas kt skolah asyik intai2 snyap2 kt luar jew tgok sapa lalu..nmpk gak 2-3 org ckgu lalu lalang....Da sampai asrama kmas2,berkumpul pastu blik smula skolah..x sampai 15minit...


2. ni tyme aku dgan PANGLIMA A tga lepak kt surau..mmg borink siot..so PANGLIMA A ajak aku pnjat bumbung kntin skolah..,hah??ak 1st time gak nk wat keja cmni so ajak skali PANGLIMA B ngan PANGLIMA C...kmi pi skolah glap2 wktu pagi dalam kol 2pagi..mla2 cek pakguard line clear then tros naik tingkat 2(tinggi tu,bumbung KANTIN sekolah)..PANGLIMA A panjat dulu ajar kmi cara2 nk pnjat..pas2 kmi lpak kt puncak bumbung..!!nk turun pun satu hal..jenoh...sampai2 bawah merah tapak kasut ngn tangan..coz bumbung tu wrna merah...,jadi kmi blik cpat2 g asrama...hpuskan bukti ksut ngn sluar xmo kntoi...


3. Aku ngn budak2 laki klas 4kindi buat satu projek iaitu bilik mesyuarat(kononnya)..
dkt jew sblah klas kmi..,process ni pling mkan msa lama..dri bilik yg kotor berdebu penuh ngan krusi rosak boley tukar jdi bilik kami sndiri yg unik...aku x trlibat sgt sbb blik rumah dmam..sampai2 skola da jdik cm2 da(syabas kpada yg gigih buat)....diowag bwak meja buh cukop2 tok smua s8dent laki klas kami.....,buat rak kasut dri krusi makmal...,agkut kipas dri dewan....,supply makanan....,bwak heater skali....,buh karpet tah mna balas....,frame gambar....,alat2an kimia dri lab....,locker dri asrama....,bilik kedap udara gna bkas telor(x jdi pon,haha)....,plug nk charge....,bantal ngn slimut....,pergh...,mcm dorm dah jdiknye...tpi syang lpas kntoi ngn pgtua bilik 2 dikunci dan ditahan...,our proud is ruined!!tpi prnah gak lar skali merasa tdow satu malam kt sana...

ni lah biliknya..,style kot?mcm dewan persidangan..


4.Overnight~!dah 3 kali overnight,byak sgt nk tulis pon,nak taw ape ni??OVERNIGHT


5.Tyme ni week exam..,kmi lpar sgt so g pcah msuk bilik beg yg trkunci 2...,snang jew nmpak mcm xdak papew bukak satu2 crmin...then lgkah msok dalam....tpi tyme ak nk kuar.....KANG!!!!!!!!!!!pcah satu crmin...seb bek sumer da tdow da tyme 2....da 2-3 org ja sedar...PANGLIMA A dan2 lari tros seb bek ada mPANGLIMA B...aku pi curik crmin dorm sblah sementara PANGLIMA B cuci brsih bukti2 crmin pcah...,then nk pasang crmin mmg terseksa trmsuk lar tyme nk cbot pon...kna gna brus gigi nk lebarkan tmpt nk insert crmin 2...smpi luka2 abis tangan sumer...PANGLIMA C ada lawat gak then dy belah sbab tgah gunting rmbut...mai2 gelak jar...huhu..abis2 wat projek sumer..ak blnja PANGLIMA A dan PANGLIMA B mii sedap..mlntak lar kami 3orang tgah2 malam 2..


6.Tengah2 korek file,jumpa gmbar nih..,malas nak bgtaw sebab isu sensitif..,yg taw/ingat tu..ingat lah...hahaha

berseni kan?hu3..


7. Aku ngan PANGLIMA A tyme blackout skola..saja turun tangga surau ikut laluan tgah2 sumer pompuan...tyme 2 gelap xnmpk sgt lar...kmi lepak lar nk prgi skola...,then mna taw 'joke' tgah ronda....dri jaoh kt gate entrance dy jerit...,
"WOI!!!!AMPA BUAT apa kat sini HAH!!!"
igt lagi ayat dy...aku ngan PANGLIMA A dan2 pcut sprint lari blik asrama bla nmpak dy kjar kami pgang torchlight dy....haha.Malam yg sma...,ak ngan beberapa lagi geng rmi gak x igt ak...pi skolah nk amik buku bm nk study sbab esok exam!!!!on the way kmi nmpak makmal physics?lampu mnyala dari dalam...buat donno jew lar pi kelas...kat kelas pun haru gak bila PANGLIMA B ilang tba2,kalot sumer tkut2 mncari rpa2 PANGLIMA B kt luar dpan tndas....ble nk blik kmi tgok mkmal 2 da xda lmpu..plik gak sbab sptotnya satu gopeng blackout...g lar chek ramai2...then blik asrama...jmpa ngn etc2..cter lar tntang lmpu 2...depa ajak pi check takot ad maksiat...smpai2 sana dan2 lmpu blackout sumer menyala balik.....pelik,tapi benar...kebetulan?????


8. operasi mengecat kelas,waktu malam...punca??tyme 2 ada cat lebih pekerja tggal kt asrama...jadi kami boring angkut 1 tin ngn bros...prgi klas nk cat,haha.on the way sna kna sorok2 sbab surau da prhimpunan....,lma gak nk lpas g skola pown...smpi sana fun fair pown mula...haha,bukan serius pun nak mengecat lbih byk men2...,yg bez cat 2 trgndala sbab sumer malas...nk blik dorm pun da mlas so kmi cntum meja buat ktil tdow rmi2 dlam klas tga malam 2..sok pagi biar bdak pompuan kmas...hehe.


10. ni simple and clean jar..croboh bilik sal wktu lpas prep smpi tgah malam...wat apa??men game race keta...,lepak2....n tujuan utama,siapkan presentation hari guru...tyme 2 ari guru...!! nothng much dok dlam 2...smpi trkntoi ngn warden mnjerit dri bawah...seb bek alasan diterima....


11.kmi main men bola api ngan wat ufo.
haha.bez siot 1st tyme men ngn membe rami2...syiok gak..
1st tyme play...
aku ngan beberapa org jew wat 5-6 ufo bakar..aku nyew jdik tyme 2...nothing much xda kantoi apa2 pown...blik ngan tnang jew..

2nd tyme play...
tambah beberapa org bdak klas aku...ni mmg bez..men mcam besa jer cma lgi byak ufo buat..yg beznye kntoi ngan ustaz radzi..igt lgi tyme 2 PANGLIMA A tga jga line..dan2 dy lari "woit!!lari.."..kami igt dy nk tpu jew..tgok2 ngan keta saga biru bukak 2 lmpu suluh kt kmi...smua pcut dan2...tggal abis barang(beg skolah,-_-)..then,kmi pikir bincang patah balik jmpa ustaz sbab mst kntoi bla ustaz cek bag...gtaw lar kt ustaz kmi cma nk buang smpah jar...n..........ustaz prcaya!!trlepas...dpat smula beg msing2....

3rd play..
kali ni lbih berprestij nk buat atas bukit kt tangki air...sygnya warden plak kco..dan sumer blah tggal aku ngan PANGLIMA A ats 2..kmi rilek jap,reply mcg2...cover2 then bakar ufo sndiri..abis2 tros blik dorm snyap2...

4th n the last tyme..
kali ni cme 4orang jew kot...men kt laluan blakang bgunan skola..x sampai 10minit kami nmpk ustaz radzi kt kantin skolah..mula2 mmg x caya..tba2 da dkat...kmi smua dan2 pcut...ni pun jdi misteri??cmna ley ustaz radzi berada kat dua tmpat dlam satu masa....ni laz tyme kmi men iaitu sblom exam final yer kot..x igt da...


12.ape lagi,banyak ah..malas dah nak tulis,tadi rajin sbab tgah semangat..hu3...,men parkour,berlakon jadi seeker,tidur kat kelas time hari skolah,ONEGO!!!(masihkah kalian ingat??ha2.),kantoi seludup sosej,kantoi bawak pisau keluar outing,lawatan kelas di manjung,kena bisul,demam panas,etc3..

p/s-aku ni bukan budak NAKAL tapi budak BAIK.
Tekan ja,toksah malu-malu,
Related Posts with Thumbnails
Photobucket
Photobucket

Photobucket
NI emel ak,saja nak habaq mai,kot2 ampa nak kenai2 ngn aku ka,aku x kesah,

genivx@yahoo.com